Friday, 1 June 2012
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Thursday, 31 May 2012
Tanggungjawab Anak Terhadap Ketua Ibu Bapa
§ Apabila
keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
§ Anak
dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
§ Bercakaplah
dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
§ Anak
mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali
mengkasarinya atau berlaku biadap.
§ Sentiasa
merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
§ Bila
keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya
dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika
suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan
meminta maaf.
§ Bila
berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
§ Bila
keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa
hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
§ Sentiasa
merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan
hati mereka.
§ Bila
anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan
mintalah izin.
§ Jangan
memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
§ Bila
keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman
dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya. Menahan
diri dengan berdoa dan sabar adalah lebih baik.
§ Bila
ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar
kemampuan.
§ Bila
ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar
kemampuan.
§ Setiap
kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal
diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
§ Jika
anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari
solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang
penting.
§ Anak
mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya
sendiri.
§ Jangan
terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
§ Setiap
kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu
bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
§ Sekiranya
keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka,
bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah
terhadap sahabat-sahabat keduanya.
§ Jika
mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan
anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)