Friday, 1 June 2012

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

BBM

sila klik disini

Thursday, 31 May 2012

kata-kata hikmah

masa itu emas

Tanggungjawab Anak Terhadap Ketua Ibu Bapa

§          Apabila keduanya memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.
§          Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan penggilan nama.
§          Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.
§          Anak mestilah berbicara dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali mengkasarinya atau berlaku biadap.
§          Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.
§          Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan penuh taat selama suruhan itu tidak berupa maksiat.  Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.
§          Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.
§          Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dengan penuh rasa hormat walaupun kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.
§          Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati mereka.
§          Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.
§          Jangan memasuki bilik tidur kedua orang tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.
§          Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jangan menunjukan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.  Menahan diri dengan berdoa dan sabar adalah lebih baik.
§          Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus memnyediakan sekadar kemampuan.
§          Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.
§          Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas keterlanjuran tersebut serta segera memohon kemaafan.
§          Jika anda sedang solat sunat tiba-tiba keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada perkara yang penting.
§          Anak mestilah rela terhadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.
§          Jangan terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua orang tua.
§          Setiap kali berdoa anak mestilah mendoakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan berusahalah dengan amalan yang soleh mengikut kemampuan sendiri.
§          Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yang masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat-sahabat keduanya.
§          Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.


betapa besarnya pengorbanan insan yang bernama ibu adakah kita menyelami kesusahan ibu mengandungkan kita?????? marilah kita sama-sama merenung pengorbanan ibu kita
assalamualaikum